Friday, 11 January 2013

Tips Berhubungan Dengan Lelaki Ajnabi

Assalamualaikum.w.b ya ukhti akhi.
       Saya ingin berkongsi sedikit tips untuk perempuan yang mungkin dah selalu berhadapan dengan lelaki. Seperti saya juga,akan saya cuba untuk amalkan tips-tips tersebut sesungguhnya perkara itu yang Allah mahukan daripada kaum Hawa.
Saya dapat article ini semasa menggunakan Google. Blognya di sini http://tazkiyahalnafs.blogspot.com .Dia juga telah mendapatkan maklumat daripada seseorang blogger.
        Kalau saya baca sendiri dan amalkan tapi tak kongsi nampak sangat saya ni macam kedekut ilmu. At least saya kongsikan perkara yang saya dapat ini semoga semua muslimah dapat menjaga batas-batas pergaulan dengan lelaki termasuk saya sendiri.True dulu saya bukannya seorang yang baik.Begitu cetek ilmu saya di waktu itu dan sekarang saya cuba untuk menambahkan ilmu akhirat.

  • Kalau boleh ELAKKAN berurusan dengan lelaki sekiranya perkara itu boleh diselesaikan sesama perempuan.Melainkan perkara itu betul-betul terdesak dan kemampuan wanita terhad seperti membaiki kereta dan lain lain.
  • Kalau terpaksa berhubung dengan lelaki gunalah medium perantaraan dalam bentuk bertulis seperti sms,e-mail,whatsapp,viber,nota kecil dan sebagainya.Gunakan bahasa baku/perkataan formal seperti terima kasih bukan "timew kaceh" ,maaf bukan "sowie/sorrie". Kalau boleh kurangkan letak perkara yang tidak berfaedah seperti smiley face dan juga gelak tawa (haha,hihi dan sebagainya)
  • ELAKKAN bercakap melalui telefon kecuali kalau betul betul desperate.Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa lelaki.Dan kepada perempuan jika anda betul betul desperate dan sedang bercakap dengan lelaki tolong KERASKAN SUARA anda.
  • Tundukan hati dan pandangan.Sepatutnya apabila terpaksa berurusan dengan lelaki kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang ,kerana takut pada Allah.Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita,lelaki tertarik kepada kita. Waktu berdepan dengan mereka banyak banyakkanlah berdoa "Ya Allah, janganlah Kau buatkan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya dari panahan syaitan."Jangan tertipu dengan communication skills yang kita belajar dulu di sekolah menengah atau universiti."make the eye contact with the person you're talking to."Benda tu hanya usable oleh sama jantina sahaja. Kalau ada eye contact dengan yang berlainan jantina istilah dari mata turun ke hati mungkin akan wujud di situ. 
So berhati-hatilah dengan pandangan mata.Para sahabat nabi dulu pun Allah minta supaya tundukkan pandangan semasa berurusan dengan ister-isteri nabi.
"...Apabila kamu meminta sesuatu dari isteri-isteri nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka."    Al-Ahzab : ayat 53
Kita bukan disuruh untuk membawa tabir ke mana-mana kita pergi.Kalau dah susah sangat nak jaga mata,tutuplah pandangan dengan buku ke file ke dan sebagainya.Kita lihat betapa Allah mengambil berat masalah hati para sahabat dan isteri-isteri nabi supaya mereka tak tewas dalam kemungkaran.

           Last but not least. Cepatkan Urusan.Ni mungkin applicable kepada students U atau orang yang sudah bekerja yang terpaksa bekerjasama dengan team mate lelaki.Memang dah tak boleh elak dialah satu satunya team mate.So apa-apa kerja buat ajelah kerja tu.Tak perlulah setelah selesai buat kerja awak ajak pulak dia berbual tanya hal peribadilah.Bergelak tawa bagai. Siapkan kerja cepat.Dah siap terus minta diri untuk pergi.Tak payah lah nak berlama-lama.And one more tempat must be public so tak timbulkan syak wasangka.Berurusanlah dengan cara profesional.

        Rasanya ini sahajalah yang saya nak ceritakan.Tiga hari saya tulis save dalam draft, relax, tulis balik.Alhamdulillah akhirnya siap jugak.Selamat berjaya In Shaa Allah.

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment