Sunday, 6 January 2013

Kahwin??

Assalamualaikum.
       Saya tahu semua orang kalau cerita tentang topik kahwin aje mesti laju atau lambat kan? Siapa yang tak nak kahwin. Saya juga manusia biasa. Manusia yang ingin bercinta tetapi saya nak bercinta di jalan Allah.
       Saya tak rasa pelik bila mana saya mengutarakan topik kahwin walhal saya baru 15 tahun ini. Kahwin di usia muda dapat mengelakkan zina , fitnah dan sebagainya. Kalau boleh umur 20 atau 21 saya nak kahwin. Hehe :) Saya bukannya gatal nak kahwin awal tapi hakikatnya saya tak nak berdosa dan dikerumun dengan zina. Tidak kiralah zina mata,hati,telinga dan sebagainya.
        Terdapat banyak permasalahan di mana orang akan bertanya kahwin masa belajar (Universiti) tak mengganggu ke? I think nope. Ia tidak mengganggu. 
       Sepatutnya kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah,sudah ada pasangan yang halal yang sentiasa menyokong kita tidak kira masa. Mesti lah semangat nak belajar tu banyak kan? One more, orang yang sudah kahwin ni akan rasa lebih bertanggungjawab berbanding sebelum kahwin.Kerana mereka punya pasangan untuk dijaga jadi mereka akan buat yang terbaik untuk pasangan mereka itu.
       Then ada juga masalahnya di mana si lelaki akan berkata bahawa dia masih belajar dan tidak punya duit untuk beri nafkah kepada si isteri. Saya tidak nampak di mana itu merupakan satu isu yang besar. Kebanyakkan student punya pinjaman semasa belajar kan?Why not awak beri nafkah walaupun tidak banyak mana kepada isteri awak? Cukuplah dalam 50 ringgit sebulan? Dia makan bukannya nak melantak so awak janganlah risau yang duit awak akan berkurangan. Lagipun kalau si isteri itu juga seorang pelajar mestilah dia juga punya pinjaman kan?Maka awak bagi yang termampu sahaja dari pihak awak sebagai nafkah.
       Lainlah kalau si isteri tu minta yang bukan-bukan dan diluar kemampuan awak yang masih belajar. Seperti kereta ke rumah sebiji ke barang kemas ke kan? 
       Cuba tengok orang Arab masa zaman nabi dulu. Kebanyakkan mereka bukanlah orang yang berharta tetapi mereka memberi isteri mereka makan takat yang mereka mampu beri. Itu juga sudah dikira nafkah. Maka jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang untuk awak-awak berkahwin.
Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)
Di sini saya cuma akan sertakan 3 atau 4 permasalahan orang bujang kerana Masya Allah. Di dunia ini banyak benar permasalahan untuk manusia berkahwin awal.Sungguh banyak alasan mereka. =)

        Seterusnya.Permasalahan di mana untuk mencari modal untuk majlis perkahwinan. Dalam Islam the most important thing is akad nikah dan walimatul urus right?Merisik dan bertunang bukannya wajib pun. Jadi apa kata tak payah bagi hantaran semasa merisik dan bertunang.Potong kos dan di situ kita telah berjimat.
       Waktu akad nikah pula why not kita jemput keluarga terdekat dan juga kawan-kawan rapat sahaja. Bukan ke berdosa kalau kita membazir. I mean masak untuk kenduri punyalah banyak lepas itu makanan tak habis. Kan itu dikira membazir and membazir itu amalam syaitan.. Am I right? And buang masa sahaja nak tempah baju kahwin mahal-mahal sewa pelamin sewa jurukamera dengan mak andam segala bagai.
        Dan lagi satu mas kahwin tu.Tak perlu lah rasanya letak tinggi tinggi kerana sebaik baik mahar adalah yang paling rendah.Mudah dan ringkas sahaja kan perkahwinan dalam Islam? :) Tak sampai pun puluh-puluh ribu ringgit. Dan awak-awak telah berjimat di situ.Betul tak?
Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)
         For the next and last permasalahan dan mungkin yang paling susah adalah restu kedua ibu bapa. Biasanya kalau awak-awak nak kahwin muda mesti kadang-kadang punya tentangan kedua ibu bapa kan. Tipikal untuk orang melayu kalau nak kahwin muda mesti ada sahaja alasan ibu bapa iaitu kekurangan wang lah dan sebagainya. Jika awak-awak betul-betul sudah ada pasangan untuk dikahwini semasa usia muda cuba awak cakap elok-elok dengan ibu bapa awak kelebihan-kelebihan orang kahwin awal.In Shaa Allah mungkin satu hari nanti mereka akan terima keputusan awak untuk kahwin awal kan?
      Apa-apa pun saya doakan yang terbaik untuk abang-abang dan kakak-kakak di luar sana. :)

Yang baik semuanya datang daripada Allah dan yang buruk semuanya datang daripada saya.Maafkan saya jika saya tersilap kata dalam topik ini.Maklumlah saya kurang arif dalam topik ini.
Apa-apa pun selamat berjaya.! In Shaa Allah.

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment