Thursday, 24 January 2013

Salam Maulidur Rasul


Assalamualaikum..Salam maulidur rasul kepada semua umat Islam terutamanya yang sedang membaca jika ada. Hari ini 24 Januari 2013 bersamaan 12 Rabiulawwal 1434..Hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w
        Saya ingat lagi masa dekat sekolah agama dulu ada lagu tentang kelahiran hinggalah hari kewafatan baginda. Pagi Isnin waktu Subuh bersamaan 12 Rabiulawwal 571 digelar tahun gajah ,lahirlah seorang rasul di Mekah. *bukanlagu* Itu cuma sebagai ringkasan hari kelahiran baginda..
Berikut merupakan biodata Nabi Muhammad s.a.w
(*Click gambar untuk besarkan*)

Subhanallah.... Sekarang awak sudah tahu serba serbi biodata baginda kan... Anda juga perlu tahu bahawa 12 Rabiulawwal juga merupakan hari kewafatan baginda pada usia 63 tahun.. 
Ya Rasulullah.Kami sayang padamu.Selawat dan salam kami ucapkan untukmu.Moga kami diberi kesempatan untuk melihatmu suatu hari nanti.
 Assalamualaikum ya Rasulullah ya Habiballah..Jom selawat semua...
(*Click untuk besarkan dan berselawat*)

Selawat selawat selawat..Bukan hanya pada hari ini sahaja.Setiap hari anda perlu berselawat.Ini bukan paksaan saya cuma mengingatkan..Banyak kelebihan jika anda berselawat..Tak percaya? Tanya ustazah/ustaz awak tu.Diaorang pun akan cakap perkara yang sama..

Yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk semuanya datang dari saya.Aasif jika salah tersalah atau terkasar.Tegur saya kalau saya ada silap. :')

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment