Wednesday, 30 January 2013

Aurat Wanita?

Assalamualaikum.
         Saya meluangkan masa untuk menaip sedikit mengenai aurat wanita.Yes aurat wanita.Dan In Shaa Allah topik ini akan digunakan untuk menghias ruang aqidah di surau.Tapi dalam bahasa jawilah. ._. Tak apa.Bersambung dengan topik ini saya nak ceritakan banyak jenis dan rupa bentuk saya telah jumpa.Astarghfirullah ada yang tak cukup piawaian untuk dikira sebagai menutup aurat.Alhamdulillah bagi ukhti yang telah menutup aurat dengan sempurna.
        Kebiasaan yang saya telah jumpa adalah pakai tudung dengan baju lengan pendek pakai tudung dengan baju ketat pakai tudung baju dah okay tapi nipis sangat.Huish bermacam macamlah gaya yang ada.Tudung pun ada belit sana belit sini.Tidak dinafikan saya pun dulu suka bergaya tapi kini malaslah nak bergaya.Depan zauj satu hari nanti kalau diberi kesempatan bolehlah.Eh melalut pulak ya.Aasif :D
       Cuba awak semua tengok gambar-gambar di bawah.
(Click untuk besarkan) *Sila baca okay :D

Haaaa yang ni tolong katakan 'La'.Dear Hawa janganlah awak pakai macam ni.Jatuh martabat kita sebagai wanita dengan sanggul tinggi macam Gunung Everest dengan leher yang boleh awak nampak.

Ini pun jangan.Bagi yang rambut panjang sanggul boleh tapi tolonglah rendahkan sikit.Yang dekat tepi tu saya tak pasti but pasal gambar tu memang tak boleh buat macam bonggol unta ke Gunung Kinabalu ke Gunung Tahan ke and whatsoever yang sewaktu dengannya.
Cuba tengok ni. :D Ni source dari Encik Google.

Maybe awak semua dah faham sedikit mengenai aurat wanita.Islam tak haramkan untuk kita berfesyen asalkan awak masih menutup aurat dengan sempurna.Now saya akan tunjukkan mengenai aurat antara wanita dengan lelaki.


Syarak telah menggariskan golongan yang dianggap sebagai mahram kepada seseorang wanita iaitu :
  • Suami
  • Ayah,termasuk datuk belah ibu dan bapa
  • Ayah mertua
  • Anak-anak lelaki termasuk cucu sama ada dari anak lelaki atau perempuan
  •  Anak-anak suami (Dalam perkara ini islam mengharuskan isteri bergaul dengan anak suami kerana wanita tersebut telah dianggap dan berperanan sebagai ibu kepada anak-anak suaminya.)
  • Saudara lelaki kandung atau seibu atau sebapa
  • Anak saudara lelaki kerana mereka ini tidak boleh dinikahi selama-lamanya
  • Anak saudara dari saudara perempuan
  • Sesama wanita sama ada kaitan keturunan atau seagama
  • Hamba sahaya
  • Pelayan yang tidak ada nafsu syahwat
  • Anak-anak kecil yang belum mempunyai syahwat terhadap wanita. Walau pun begitu, bagi kanak-kanak yang telah mempunyai syahwat tetapi belum baligh, wanita dilarang menampakkan aurat terhadap mereka.



(Sumber :JAIS)

(Click untuk besarkan)Ini dari Encik Google.

(Click untuk besarkan)Dari Google juga.

Jangan tanya mengapa entri kali ini lebih panjang.Saya ingin membuktikan kesahihan maklumat-maklumat yang saya ambil..Saya mahu membuktikan mengenai aurat wanita bagaimana supaya awak mengerti yang menutup aurat itu wajib.
Baca ini Wahai Hawa..

#NoteToSelfToo

Saya bukan maksum.Saya juga adalah seorang pendosa tanpa noktah.Saya hanya membantu memberitahu dan mengingatkan untuk diri saya dan juga awak semua.Jangan hanya menghukum saya jika saya ada satu kesalahan tanpa menyiasatnya terlebih dahulu.

Renungkanlah,awak nak jadi seperti mana.Pilihan di tangan awak tapi ingat jangan kata saya tidak mengingatkan awak tentang aurat yang awak perlu jaga.

Yang baik segalanya datang dari Allah dan yang buruk semuanya datang dari saya.Aasif jika ada salah dan silap ketika saya menulis di sini.Mungkin ada kata-kata yang sedikit kasar.Wallahua'lam..

Assalamualaikum.

Thursday, 24 January 2013

Salam Maulidur Rasul


Assalamualaikum..Salam maulidur rasul kepada semua umat Islam terutamanya yang sedang membaca jika ada. Hari ini 24 Januari 2013 bersamaan 12 Rabiulawwal 1434..Hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w
        Saya ingat lagi masa dekat sekolah agama dulu ada lagu tentang kelahiran hinggalah hari kewafatan baginda. Pagi Isnin waktu Subuh bersamaan 12 Rabiulawwal 571 digelar tahun gajah ,lahirlah seorang rasul di Mekah. *bukanlagu* Itu cuma sebagai ringkasan hari kelahiran baginda..
Berikut merupakan biodata Nabi Muhammad s.a.w
(*Click gambar untuk besarkan*)

Subhanallah.... Sekarang awak sudah tahu serba serbi biodata baginda kan... Anda juga perlu tahu bahawa 12 Rabiulawwal juga merupakan hari kewafatan baginda pada usia 63 tahun.. 
Ya Rasulullah.Kami sayang padamu.Selawat dan salam kami ucapkan untukmu.Moga kami diberi kesempatan untuk melihatmu suatu hari nanti.
 Assalamualaikum ya Rasulullah ya Habiballah..Jom selawat semua...
(*Click untuk besarkan dan berselawat*)

Selawat selawat selawat..Bukan hanya pada hari ini sahaja.Setiap hari anda perlu berselawat.Ini bukan paksaan saya cuma mengingatkan..Banyak kelebihan jika anda berselawat..Tak percaya? Tanya ustazah/ustaz awak tu.Diaorang pun akan cakap perkara yang sama..

Yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk semuanya datang dari saya.Aasif jika salah tersalah atau terkasar.Tegur saya kalau saya ada silap. :')

Assalamualaikum.

Wednesday, 16 January 2013

Sabar..

Assalamualaikum.
         Saya suka letak gambar yang tiada kena mengena dengan topik but true doa adalah senjata dan In Shaa Allah doa saya seperti sniper.Maksudnya macam sharpshooter yang selalu pakai sniper tu.Tapi saya bukanlah sharpshooter sebab doa saya perlu Allah approve kan baru boleh saya tembak.Itupun kalau tepat pada sasarannya.
          Topik hari ini adalah melalui pandangan saya sendiri.Tegur saya jika saya buat kesilapan ketika menulis.Sabar.Yes topik hari ini kesabaran.Kesabaran ada beberapa cabang sebenarnya.Saya cuma nak ceritakan mengenai sabar jika dicaci dihina diejek dan sebagainya.
          Saya selalu pekakkan telinga kalau ada orang ejek saya dekat sekolah.Nama saya kan lain daripada yang lain maka depa semua suka ejek nama saya.Kalau dulu saya mungkin akan melenting dan marah mereka balik tapi kini saya sedar bahawa kemarahan itu tidak baik.Syaitan mesti suka kan..Eh pergi main jauh-jauhlah syaitan ganggu aje.
         Kalau awak rasa macam nak marah dan nak mula maki hamun ,banyakkan istighfar.Sebutlah :
Yang membawa maksud
"Aku memohon ampun kepada Allah yang tidak ada tuhan selain DIA, yang hidup dan selalu jaga, dan aku bertaubat padaMU".
Ataupun just ucap astarghfirullah hal azim...

Kalau awak-awak still rasa macam nak marah.Cuba alternatif lain pula seperti ambil wudhuk.In Shaa Allah boleh.
          Untuk pengetahuan awak semua istighfar bukanlah untuk ketika awak rasa macam nak maki hamun.Istighfar juga ucapan seperti ketika awak sudah mula ingin kembali ke jalan yang diredhaiNya. Ucapan taubat I guess..Saya bukan arif dalam hal ini.Aasif jika saya salah dan mohon awak semua turut membantu saya sekali ya.
         
Aasif jiddan jika tulisan ini punya cacat cela.
Yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk/teruk datangnya dari saya sendiri.

Assalamualaikum.

Friday, 11 January 2013

Tips Berhubungan Dengan Lelaki Ajnabi

Assalamualaikum.w.b ya ukhti akhi.
       Saya ingin berkongsi sedikit tips untuk perempuan yang mungkin dah selalu berhadapan dengan lelaki. Seperti saya juga,akan saya cuba untuk amalkan tips-tips tersebut sesungguhnya perkara itu yang Allah mahukan daripada kaum Hawa.
Saya dapat article ini semasa menggunakan Google. Blognya di sini http://tazkiyahalnafs.blogspot.com .Dia juga telah mendapatkan maklumat daripada seseorang blogger.
        Kalau saya baca sendiri dan amalkan tapi tak kongsi nampak sangat saya ni macam kedekut ilmu. At least saya kongsikan perkara yang saya dapat ini semoga semua muslimah dapat menjaga batas-batas pergaulan dengan lelaki termasuk saya sendiri.True dulu saya bukannya seorang yang baik.Begitu cetek ilmu saya di waktu itu dan sekarang saya cuba untuk menambahkan ilmu akhirat.

  • Kalau boleh ELAKKAN berurusan dengan lelaki sekiranya perkara itu boleh diselesaikan sesama perempuan.Melainkan perkara itu betul-betul terdesak dan kemampuan wanita terhad seperti membaiki kereta dan lain lain.
  • Kalau terpaksa berhubung dengan lelaki gunalah medium perantaraan dalam bentuk bertulis seperti sms,e-mail,whatsapp,viber,nota kecil dan sebagainya.Gunakan bahasa baku/perkataan formal seperti terima kasih bukan "timew kaceh" ,maaf bukan "sowie/sorrie". Kalau boleh kurangkan letak perkara yang tidak berfaedah seperti smiley face dan juga gelak tawa (haha,hihi dan sebagainya)
  • ELAKKAN bercakap melalui telefon kecuali kalau betul betul desperate.Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa lelaki.Dan kepada perempuan jika anda betul betul desperate dan sedang bercakap dengan lelaki tolong KERASKAN SUARA anda.
  • Tundukan hati dan pandangan.Sepatutnya apabila terpaksa berurusan dengan lelaki kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang ,kerana takut pada Allah.Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita,lelaki tertarik kepada kita. Waktu berdepan dengan mereka banyak banyakkanlah berdoa "Ya Allah, janganlah Kau buatkan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya dari panahan syaitan."Jangan tertipu dengan communication skills yang kita belajar dulu di sekolah menengah atau universiti."make the eye contact with the person you're talking to."Benda tu hanya usable oleh sama jantina sahaja. Kalau ada eye contact dengan yang berlainan jantina istilah dari mata turun ke hati mungkin akan wujud di situ. 
So berhati-hatilah dengan pandangan mata.Para sahabat nabi dulu pun Allah minta supaya tundukkan pandangan semasa berurusan dengan ister-isteri nabi.
"...Apabila kamu meminta sesuatu dari isteri-isteri nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka."    Al-Ahzab : ayat 53
Kita bukan disuruh untuk membawa tabir ke mana-mana kita pergi.Kalau dah susah sangat nak jaga mata,tutuplah pandangan dengan buku ke file ke dan sebagainya.Kita lihat betapa Allah mengambil berat masalah hati para sahabat dan isteri-isteri nabi supaya mereka tak tewas dalam kemungkaran.

           Last but not least. Cepatkan Urusan.Ni mungkin applicable kepada students U atau orang yang sudah bekerja yang terpaksa bekerjasama dengan team mate lelaki.Memang dah tak boleh elak dialah satu satunya team mate.So apa-apa kerja buat ajelah kerja tu.Tak perlulah setelah selesai buat kerja awak ajak pulak dia berbual tanya hal peribadilah.Bergelak tawa bagai. Siapkan kerja cepat.Dah siap terus minta diri untuk pergi.Tak payah lah nak berlama-lama.And one more tempat must be public so tak timbulkan syak wasangka.Berurusanlah dengan cara profesional.

        Rasanya ini sahajalah yang saya nak ceritakan.Tiga hari saya tulis save dalam draft, relax, tulis balik.Alhamdulillah akhirnya siap jugak.Selamat berjaya In Shaa Allah.

Assalamualaikum.

Sunday, 6 January 2013

Kahwin??

Assalamualaikum.
       Saya tahu semua orang kalau cerita tentang topik kahwin aje mesti laju atau lambat kan? Siapa yang tak nak kahwin. Saya juga manusia biasa. Manusia yang ingin bercinta tetapi saya nak bercinta di jalan Allah.
       Saya tak rasa pelik bila mana saya mengutarakan topik kahwin walhal saya baru 15 tahun ini. Kahwin di usia muda dapat mengelakkan zina , fitnah dan sebagainya. Kalau boleh umur 20 atau 21 saya nak kahwin. Hehe :) Saya bukannya gatal nak kahwin awal tapi hakikatnya saya tak nak berdosa dan dikerumun dengan zina. Tidak kiralah zina mata,hati,telinga dan sebagainya.
        Terdapat banyak permasalahan di mana orang akan bertanya kahwin masa belajar (Universiti) tak mengganggu ke? I think nope. Ia tidak mengganggu. 
       Sepatutnya kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah,sudah ada pasangan yang halal yang sentiasa menyokong kita tidak kira masa. Mesti lah semangat nak belajar tu banyak kan? One more, orang yang sudah kahwin ni akan rasa lebih bertanggungjawab berbanding sebelum kahwin.Kerana mereka punya pasangan untuk dijaga jadi mereka akan buat yang terbaik untuk pasangan mereka itu.
       Then ada juga masalahnya di mana si lelaki akan berkata bahawa dia masih belajar dan tidak punya duit untuk beri nafkah kepada si isteri. Saya tidak nampak di mana itu merupakan satu isu yang besar. Kebanyakkan student punya pinjaman semasa belajar kan?Why not awak beri nafkah walaupun tidak banyak mana kepada isteri awak? Cukuplah dalam 50 ringgit sebulan? Dia makan bukannya nak melantak so awak janganlah risau yang duit awak akan berkurangan. Lagipun kalau si isteri itu juga seorang pelajar mestilah dia juga punya pinjaman kan?Maka awak bagi yang termampu sahaja dari pihak awak sebagai nafkah.
       Lainlah kalau si isteri tu minta yang bukan-bukan dan diluar kemampuan awak yang masih belajar. Seperti kereta ke rumah sebiji ke barang kemas ke kan? 
       Cuba tengok orang Arab masa zaman nabi dulu. Kebanyakkan mereka bukanlah orang yang berharta tetapi mereka memberi isteri mereka makan takat yang mereka mampu beri. Itu juga sudah dikira nafkah. Maka jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang untuk awak-awak berkahwin.
Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)
Di sini saya cuma akan sertakan 3 atau 4 permasalahan orang bujang kerana Masya Allah. Di dunia ini banyak benar permasalahan untuk manusia berkahwin awal.Sungguh banyak alasan mereka. =)

        Seterusnya.Permasalahan di mana untuk mencari modal untuk majlis perkahwinan. Dalam Islam the most important thing is akad nikah dan walimatul urus right?Merisik dan bertunang bukannya wajib pun. Jadi apa kata tak payah bagi hantaran semasa merisik dan bertunang.Potong kos dan di situ kita telah berjimat.
       Waktu akad nikah pula why not kita jemput keluarga terdekat dan juga kawan-kawan rapat sahaja. Bukan ke berdosa kalau kita membazir. I mean masak untuk kenduri punyalah banyak lepas itu makanan tak habis. Kan itu dikira membazir and membazir itu amalam syaitan.. Am I right? And buang masa sahaja nak tempah baju kahwin mahal-mahal sewa pelamin sewa jurukamera dengan mak andam segala bagai.
        Dan lagi satu mas kahwin tu.Tak perlu lah rasanya letak tinggi tinggi kerana sebaik baik mahar adalah yang paling rendah.Mudah dan ringkas sahaja kan perkahwinan dalam Islam? :) Tak sampai pun puluh-puluh ribu ringgit. Dan awak-awak telah berjimat di situ.Betul tak?
Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)
         For the next and last permasalahan dan mungkin yang paling susah adalah restu kedua ibu bapa. Biasanya kalau awak-awak nak kahwin muda mesti kadang-kadang punya tentangan kedua ibu bapa kan. Tipikal untuk orang melayu kalau nak kahwin muda mesti ada sahaja alasan ibu bapa iaitu kekurangan wang lah dan sebagainya. Jika awak-awak betul-betul sudah ada pasangan untuk dikahwini semasa usia muda cuba awak cakap elok-elok dengan ibu bapa awak kelebihan-kelebihan orang kahwin awal.In Shaa Allah mungkin satu hari nanti mereka akan terima keputusan awak untuk kahwin awal kan?
      Apa-apa pun saya doakan yang terbaik untuk abang-abang dan kakak-kakak di luar sana. :)

Yang baik semuanya datang daripada Allah dan yang buruk semuanya datang daripada saya.Maafkan saya jika saya tersilap kata dalam topik ini.Maklumlah saya kurang arif dalam topik ini.
Apa-apa pun selamat berjaya.! In Shaa Allah.

Assalamualaikum.

Tuesday, 1 January 2013

Mampukah Ia Bertahan...

Assalamualaikum salam diberi.
         Pengenalan diri.Saya Shamine Hanis Binti Suffian Hafiz Tan. In Shaa Allah pada tahun ini bakal menduduki PMR. Alhamdulillah saya masih bernafas untuk beribadat kepada Allah.Memohon ampun kepada-Nya.
          Selepas penghijrahan saya Alhamdulillah sedikit sebanyak diri saya telah berubah untuk mendekatkan diri kepada Allah. Saya ingin mengucapkan syukran pada semua yang telah membantu saya melalui tweet dakwah mereka..Saya akan sertakan link twitter mereka di akhir tulisan ini.
          Saya baru sahaja berhijrah kepada yang In Shaa Allah lebih baik dari sebelumnya. Juga dengan bantuan kawan yang juga sama sama berubah kami mampu menghadapi sedikit rintangan.Walaupun banyak dugaan Alhamdulillah saya masih boleh bersabar.
          Sebelum ini saya seorang yang pemarah.Kebanyakkan kawan saya hanya berkawan dengan saya semata-mata untuk menjaga hati saya.Sedih bila mengingatkan perkara itu.Tapi saya tidak berkata apa.Cuma diam sahaja.
          Saya belajar untuk tersenyum walaupun bersedih.Tetapi hanya Allah sahaja yang tahu betapa susahnya untuk tersenyum di kala hati kita tidak senyum. 
         Saya akan belajar untuk menjadi lemah lembut,sopan santun,baik bicaranya,tidak terlalu cerewet. Mungkin lepas SPM dua tahun akan datang saya nak tingkatkan skill memasak saya.Hehe
         Dulu saya dan kawan bercadang nak kahwin masa umur 24/25 tapi tengoklah. Kerana jodoh pertemuan Allah sudah tetapkan bila di mana dengan siapa pada umur berapa.Atau pun sempatkah kita?
        Kalau boleh saya ingin jadi muslimah yang lebih baik dari tahun lepas.Lebihkan beribadat kepada Allah. Semoga suatu hari nanti pintu hati mereka yang lain terbuka untuk menjadi yang lebih baik.
         
Mereka yang telah banyak membantu :
Alhamdulillah sedikit sebanyak dengan bantuan mereka. :')

Assalamualaikum.