Saya suka letak gambar yang tiada kena mengena dengan topik but true doa adalah senjata dan In Shaa Allah doa saya seperti sniper.Maksudnya macam sharpshooter yang selalu pakai sniper tu.Tapi saya bukanlah sharpshooter sebab doa saya perlu Allah approve kan baru boleh saya tembak.Itupun kalau tepat pada sasarannya.
Topik hari ini adalah melalui pandangan saya sendiri.Tegur saya jika saya buat kesilapan ketika menulis.Sabar.Yes topik hari ini kesabaran.Kesabaran ada beberapa cabang sebenarnya.Saya cuma nak ceritakan mengenai sabar jika dicaci dihina diejek dan sebagainya.
Saya selalu pekakkan telinga kalau ada orang ejek saya dekat sekolah.Nama saya kan lain daripada yang lain maka depa semua suka ejek nama saya.Kalau dulu saya mungkin akan melenting dan marah mereka balik tapi kini saya sedar bahawa kemarahan itu tidak baik.Syaitan mesti suka kan..Eh pergi main jauh-jauhlah syaitan ganggu aje.
Kalau awak rasa macam nak marah dan nak mula maki hamun ,banyakkan istighfar.Sebutlah :
Yang membawa maksud
"Aku memohon ampun kepada Allah yang tidak ada tuhan selain DIA, yang hidup dan selalu jaga, dan aku bertaubat padaMU".
Ataupun just ucap astarghfirullah hal azim...
Kalau awak-awak still rasa macam nak marah.Cuba alternatif lain pula seperti ambil wudhuk.In Shaa Allah boleh.
Untuk pengetahuan awak semua istighfar bukanlah untuk ketika awak rasa macam nak maki hamun.Istighfar juga ucapan seperti ketika awak sudah mula ingin kembali ke jalan yang diredhaiNya. Ucapan taubat I guess..Saya bukan arif dalam hal ini.Aasif jika saya salah dan mohon awak semua turut membantu saya sekali ya.Aasif jiddan jika tulisan ini punya cacat cela.
Yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk/teruk datangnya dari saya sendiri.
Assalamualaikum.

No comments:
Post a Comment