Assalamualaikum.
Saya meluangkan masa untuk menaip sedikit mengenai aurat wanita.Yes aurat wanita.Dan In Shaa Allah topik ini akan digunakan untuk menghias ruang aqidah di surau.Tapi dalam bahasa jawilah. ._. Tak apa.Bersambung dengan topik ini saya nak ceritakan banyak jenis dan rupa bentuk saya telah jumpa.Astarghfirullah ada yang tak cukup piawaian untuk dikira sebagai menutup aurat.Alhamdulillah bagi ukhti yang telah menutup aurat dengan sempurna.
Kebiasaan yang saya telah jumpa adalah pakai tudung dengan baju lengan pendek pakai tudung dengan baju ketat pakai tudung baju dah okay tapi nipis sangat.Huish bermacam macamlah gaya yang ada.Tudung pun ada belit sana belit sini.Tidak dinafikan saya pun dulu suka bergaya tapi kini malaslah nak bergaya.Depan zauj satu hari nanti kalau diberi kesempatan bolehlah.Eh melalut pulak ya.Aasif :D
Cuba awak semua tengok gambar-gambar di bawah.
(Click untuk besarkan) *Sila baca okay :D
Haaaa yang ni tolong katakan 'La'.Dear Hawa janganlah awak pakai macam ni.Jatuh martabat kita sebagai wanita dengan sanggul tinggi macam Gunung Everest dengan leher yang boleh awak nampak.
Ini pun jangan.Bagi yang rambut panjang sanggul boleh tapi tolonglah rendahkan sikit.Yang dekat tepi tu saya tak pasti but pasal gambar tu memang tak boleh buat macam bonggol unta ke Gunung Kinabalu ke Gunung Tahan ke and whatsoever yang sewaktu dengannya.
Cuba tengok ni. :D Ni source dari Encik Google.
Maybe awak semua dah faham sedikit mengenai aurat wanita.Islam tak haramkan untuk kita berfesyen asalkan awak masih menutup aurat dengan sempurna.Now saya akan tunjukkan mengenai aurat antara wanita dengan lelaki.
Syarak telah menggariskan golongan yang dianggap sebagai mahram kepada seseorang wanita iaitu :
- Suami
- Ayah,termasuk datuk belah ibu dan bapa
- Ayah mertua
- Anak-anak lelaki termasuk cucu sama ada dari anak lelaki atau perempuan
- Anak-anak suami (Dalam perkara ini islam mengharuskan isteri bergaul dengan anak suami kerana wanita tersebut telah dianggap dan berperanan sebagai ibu kepada anak-anak suaminya.)
- Saudara lelaki kandung atau seibu atau sebapa
- Anak saudara lelaki kerana mereka ini tidak boleh dinikahi selama-lamanya
- Anak saudara dari saudara perempuan
- Sesama wanita sama ada kaitan keturunan atau seagama
- Hamba sahaya
- Pelayan yang tidak ada nafsu syahwat
- Anak-anak kecil yang belum mempunyai syahwat terhadap wanita. Walau pun begitu, bagi kanak-kanak yang telah mempunyai syahwat tetapi belum baligh, wanita dilarang menampakkan aurat terhadap mereka.
(Sumber :JAIS)
(Click untuk besarkan)Ini dari Encik Google.
(Click untuk besarkan)Dari Google juga.
Jangan tanya mengapa entri kali ini lebih panjang.Saya ingin membuktikan kesahihan maklumat-maklumat yang saya ambil..Saya mahu membuktikan mengenai aurat wanita bagaimana supaya awak mengerti yang menutup aurat itu wajib.
Baca ini Wahai Hawa..
#NoteToSelfToo
Saya bukan maksum.Saya juga adalah seorang pendosa tanpa noktah.Saya hanya membantu memberitahu dan mengingatkan untuk diri saya dan juga awak semua.Jangan hanya menghukum saya jika saya ada satu kesalahan tanpa menyiasatnya terlebih dahulu.
Renungkanlah,awak nak jadi seperti mana.Pilihan di tangan awak tapi ingat jangan kata saya tidak mengingatkan awak tentang aurat yang awak perlu jaga.
Yang baik segalanya datang dari Allah dan yang buruk semuanya datang dari saya.Aasif jika ada salah dan silap ketika saya menulis di sini.Mungkin ada kata-kata yang sedikit kasar.Wallahua'lam..
Assalamualaikum.




No comments:
Post a Comment